Sunday, 8 February 2015

Hari Ini Kita Menangis

Harini rasa seronok dalam sebak--
Akhirnya my lovely brother adi bakal
bertunang.
Selepas 11tahun dalam alam gay.

satu hijrah yang amat besar.

Yang best kami berdua selang sehari bertunang.
dan bakal menikah bulan yang sama.

Susah kita nak explain kat orang lain bila jodoh datang--
Allah buka hati kita seluas yang mungkin
untuk menerima.
Lagi benda datang macam sepantas kilat.

Yang gay turn straight
Yang garang jadi manja.

Walau ada yang meminggir tak kurang juga menyindir
tentang takdir kita
Abang kena ingat
Walau seteruk mana--
Warna langit pun bertukar bang,
inikan kita
manusia

Qada & Qadar
Biar kita diukur sama tuhan
bukan manusia.
Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (At-Talaq: 2-3)

Nak dengar ukuran manusia
sampai bila pun takkan puas hati kerana mereka yang taknak hakikat takdir sendiri

Kita pemenang
yang tak menjadikan takdir tu kambing hitam menyalahkan tuhan
menidakkan hakikat takdir
dan
berputus asa.

Terima hakikat takdir seadanya,
Tepat ke dada rahmat Allah tu memang besar.

Sabar ye bang--
darah manis.

time2 macam ni lah banyak dugaan.

im happy for u brother.
*hugs*

No comments:

Post a Comment