Wednesday 26 November 2014

Something Unspeakable

Ah--Pagi tu aku scroll birthday notification di facebook--26 November--Birthday Anep dan Farhan.
Aku wish birthday untuk hanep; Budak terencat akal yang aku jumpa masa sijil dulu. One of my best buddies,ever. Yang sangup berhujan berlakon untuk final projek aku--but in the end; DSLR aku kena curi. *sakitnya hati*

"Happy Birthday Mr.MHI"*Muhammad Hanif Ishak*
Mesti dia tahu aku perli status whatsapp dia. Ngaahaahaha!

Scroll lagi.
Farhan.
*Gasp*

Nak wish ke tak. Uh-- Demm. Tak terdaya. View jela timeline dia. Macam biasa. Bukan seorang yang berminat dengan laman social. Sunyi.

Aku termenung lagi.

Biarlah.

Selamat Hari jadi buat awak juga Farhan.

Sunday 23 November 2014

Candy

"you dah takde fesyen lain ke rambut ni?"

"takde" *senyap* "kenapa tak hensem ke?"

"i tengok everywhere trend rambut ni,btw--since when u hensem?"

"heyyyyy youuuuuuuuu!"

Friday 21 November 2014

Mukadimah Ramadan #2

Life is a joke--
Bad joke.

Bila difikirkan cerita-cerita yang lepas. Rasa nak menangis. Rasa nak gelak.
Tapi ada tentang sesuatu; aku menangis dalam senyum.

Let's throw back hard.

Hidup dengan lelaki 4tahun tu. Bukanlah suatu yang membahagiakan. Semua tentang cinta yang ranap. Ranap yang tersisa dari umur remaja. Aku selalu mengulang pergi ke rumah dia,dekat jasin. Taman maju. Taman yang bersambung-sambung dari rumah yang dah 10 tahun sampailah yang baru pacak tiang.

Aku ade satu tabiat suka tengok rumah. Rumah;Home. Satu tempat yang aku harap jadi tempat berteduh dari hujan panas selain rumah mak abah. Jadi aku akan lalu usha-usha rumah yang baru nak bangun. 

"Awak. Cantik rumah tu"
"*senyap*"

Biasalah,aku memang suka cakap dengan tunggul pun. Yang aku tahu--Tiap kali pergi menjemput,perkara wajib aku buat;Lalu depan rumah baru tu. Dari 10% sampailah ke 100% siap. Siapalah owner rumah ni. *Gasp*

Life a joke.
Why god?
Till kau date dengan your crush dari zaman sekolah.
Allah pinjamkan sehari.

Hari dah gelap ni. Tak ade signal dia nak hantar aku balik rumah. Dia mula garu-garu kepala--pandang aku.

"You,I nak bawak you pergi tengok rumah i"
"Rumah you? Your parents house?"
"Nope. Mine."
"Where?"
"Taman maju.Jasin"

*Terdiam*

"Eh. You tak suka ke?"
"No la. Hahaha. Sure. Why not."

Aku rasa nak pejam mata. Sampai dia pergi pintu gate dengan kunci;rumah yang aku berulang sejak 2tahun dulu. Dulu aku tengok dari jauh;
Dari luar.
Sekarang aku kat dalam.
Apa lagi tuhan kau maukan.
Aku pandang dia. 

"Jom,tengok-tengok".

Aku ikot dia ke bawah--ke atas. Dia tunjuk satu per satu. Aku masih kelu--bisu. Satu tahap aku rasa jantung hampir meletup. 

Your crush. Own ur dream house.

Dalam satu hari--Awak berjaya buat hidup saya macam dalam fairytale. Kisah dongeng jadi realiti. Mimpi-mimpi yang jadi nyata. Dan dalam satu hari awak macam Putera yang datang menjemput Sang Puteri.
Tapi tidak kau--
Bawak Sang Puteri tu bersama.

Kenapa Tuhan?

Wednesday 19 November 2014

IHC- Day 3

Yesterday,i went to the mamak stall
Lapar petang2.


Waiter mamak yang selalu ambik order datang;
Dia tunjukkan signal
"buang tudung"

Aku tanya;
Excuse me?
*kerut kening*

Dia cakap--
Tak cantik.

Aku tergelak.

Aku balas.
Biar tak cantik kat mata kau tu bagus.
Cantik pada tuhan tu penting.
*sinis*

Tersipu2 kau terus blah.

All--hail--Amy.

p/s: since when pakai tudung sebab nak cantik?

Tuesday 18 November 2014

IHC

Susahnya nak dapat tittle bangsa Melayu.
di cop
Chinese. Taiwan. Myanmar. Vietnam.
& Thailand.


Kadang-kadang funny, kadang-kadang annoying.
ok la tu kot, bila pakai tudung, orang cop aku mualaf.
hentam sajalah labu. mana-mana pun boleh.

Aku cuma senyum.

nenek moyang aku ni kira universal.

Arwah pak ngah panggil aku "Jepun".
dan 
kerana tu aku selalu di ejek jepun.
nampak aku je;
"Jepun nak pergi mana tu?"
"kita nak pergi sekolah agama pak ngah"-sambil kayuh beskal.
redha tu penting.

So--Lepas ni bila orang tanya; Islam@Muslim?
Aku tak teragak-agak nak balas.

Yes. I am.

Playlist #1


Dangdut pun dangdut ah--

Bukan Sekian Kali

Setiap hari,aku masih simpan sisa harapan yang dia akan balik walaupun setiap zahirnya sudah dilepaskan. Jadi setiap lima waktu,aku akan doa.

"Ya Allah ya Tuhanku,kalau salah betulkan aku,kalau betul kuatkan aku. Kalau dia untukku,dekatkanlah dia,kalau dia bukan untukku,jauhkanlah dia"

Jarang sekali hati batu tercuit dengan kehadiran lelaki. Bodohnya. Sesi bercakap dengan Tuhan menjadi semakin pasif setiap hari. Aku marah dengan Tuhan,keliru dengan mimpi yang datang setiap kali berjaya tidur. Apa kau nak lagi Tuhanku?

Sampai satu detik, kenyataan betul-betul menampar muka. Sebenarnya Tuhan dah lama kabulkan doa itu. "Kalau dia untukku, dekatkanlah dia. Kalau bukan,jauhkanlah dia.".

Jadi jawapannya, bukan.
Ya, Tuhan?

Monday 17 November 2014

Dishonor

24 dan masih gagal.

Dah lama rasanya aku plan untuk bertutup--Cuma iman senipis kerepek,nak lawan nafsu dalam diri sendiri tu punyalah payah.

Apa yang tersekat dekat anak tekak tak dapat aku luahkan peritnya jadi bahan kemiangan. Yang usha kau atas--bawah konon nak test main mata--Konon kau murah. Kadang-kadang yang muda lagi sopan dari yang dah tua kubur dah memanggil. Well-- Aku ingat satu kes pakcik minta no phone aku kata nak berkawan. Kepala bana dia-- Nak berkawan dengan budak sebaya anak sendiri. Yela, kat muka tu memang dah cop ahli kelab dangdut permanent. Ikutkan hati,mau je aku hayun kaki hinggap kepala dia. Rasainnnnn lo.

Yang laki orang pun-- Ape kurangnya duduk ajak berskandal. Kalau ye pun. Agak-agaklah. Takmau ingat anak bini pun,ingat tuhan. Yang mamak kat kedai tak sah kalau nak terlanggar-langgar bahu. 

So-- Serba serbi nampak lelaki memang tak guna. Rimas.

Duduk depan cermin--Tengok bawah atas. Ketat ke,terdedah ke. Cari mana silap.

Aku duduk. Aku fikir. Sambil mak membebel sebelah. Fikiran dah merewang. 

Everyday is a learning phase. People changed. Feelings changed. Kita cakap pasal hidup. Pasal syurga neraka. Pasal dosa pahala. Pasal penyesalan dan hikmah segala benda. Kita nampak leka, tapi kita struggle nak cuba peka. As time flies, aku percaya semua ada hikmah. Kenapa aku masih dekat sini, menulis ini.

Malam-malam aku mesej Atikah,kawan aku since sekolah. Keras aku pun,hari-hari kena ketok,bengkok jugak. 

Atikah bagi 40 days hijab challenge--Bukan ice bucket challenge. Tak pelah. Cuba. Semua dah ada,cuma nak atau tak je. Pilih. Kalau di kasik pilihan. Kalau takde,akur sajalah.*Senyum*

Jadi untuk memelihara maruah,akur. So-- It's still a choice. Nak terlepas dari mata setan. Jinak-jinakkan setan dalam diri. No 'ham sap lou' (perverts) come and kacau.

I changed my direction slightly opposite. Ada orang panggil gila, ada yang betul-betul gembira. Some interpreted 'hijrah' as 'desperate'. I don't blame them for not being with me along the hundred days back. Complained, when they misunderstood the actual concept; dengan letak dosa atas hukum manusia. The definition of me still depends on your assumptions.


I'm learning again.
"Be good to your God, be good to your parents. That's all"
Others don't matter.

Bismillah.


Thursday 13 November 2014

Tawakal Adik

Sebulan yang lalu--
Ada seorang kenalan fb datang meminta pertolongan.

Entahlah.
Serabut mungkin.

Dia mengenali aku hasil dari tulisan-2 status di sini--blog;
Since dia follow up aku dari satu unit gerakan amal@dakwah.

Dia berkongsi tentang seorang rakan yang sedang berisi tanpa akad nikah yang sah di sisi undang-undang maupun agama--Dengan perlahan-lahan dia ceritakan pada aku. Satu per satu. Pada mulanya aku fikir gurauan semata. Tapi takde pulak nada gurauan sepanjang teks whatsap dia.

Rakannya tekad untuk melahirkan bayi yang dikandung--Cuma. Dia mencari sesiapa yang sudi memberi "hidup" yang lebih bermakna untuk bayi yang bakal dilahirkan. Mereka menemui jalan buntu.

Bagi aku;

Aku respect betul untuk melahirkan tanpa membuang. Satu perkara yang cukup waras--humanity. Single mother,aku tahu perkara tu berat nak menghadap dunia--Keji--Caci maki manusia. Tapi andai kau pentingkan akhirat menghadap Tuhan kelak,kau memang waras bertuhankan-Nya,tak bertuhan manusia.

Nak marahkan dosa--benda dah jadi.Takmau di tambahkan dosa-dosa lagi.Kita semua pendosa.Tapi terimalah teguran dan perubahan.Kita perbaiki sama-sama.

Aku diminta untuk mencarikan ibu bapa angkat yang sudi. Aku rasa semacam satu tangungjawab dan amanat. Yela-- Aku pernah gagal jaga kawan aku sendiri,dulu--4 tahun yang lalu. Aku bingung. Termenung kejap. 

Petang aku duduk di berandar rumah,bersila atas kerusi-- Aku jeling-jeling mak yang tengah duduk main game kat tab. Agak-agak kalau aku tanya mak,kena maki tak.

"Mak-mak". *gulp* telan air liur.
"Apo?"
"Mak,ade orang nak anak tak? Ade seorang budak ni,die nak bagi anak dia."
"Berapa bulan?"
"Dalam perot lagi... 4 bulan"
"Terlajak laris?"*iklan de'herbs*
"Haa.. ha ah" *tergelak*
"Ada doctor tengah cari. Cuba tanya"

*Bagus juga respon mak aku ni*

Jadi proses merisik-risik pun aku jalankan. Kerjasama RZ. Atas rakan fb aku tadi,sampailah aku sendiri bercakap dalam call dengan tuan punya badan sendiri. Aku hantar mesej simple--kenalkan diri--status ibu angkat--sikit keterangan tentang proses dokumen--angkat sumpah--dengan kebajikan atas tunjuk ajar mak. Pada asalnya aku nak rujuk pada Fynn Jamal. Tapi aku rasa--konfem busy. Andai takde siapa yang nak dalam list contact aku,aku akan refer dia kat pusat perlindungan di melaka. Last perengan mesej aku;

"Akak kena kuat--tabah--apa pun amy ada,tuhan ada".

Walaupun aku menaip mesej sambil berak dalam jamban. *palmface*

Beberapa minggu selepas tu. Sedang aku ketip kuku jari kaki mak,aku terima panggilan dari kod negeri utara. Sape pulak ni. Aku angkat. Dua kali miss call. Angkat ah,cam urgent je. 

"Hello-hello."

Kedengaran suara sayup-- "Ni ****... Mak nak cakap dengan amy". Proses aku di temu duga oleh mak pihak ibu yang terkandung pun di jalankan. Aku ni tak paham dialek utara... Hmm. Balun ah-- Janji jujur. 

Si ibu selalu juga update ke klinik-- Nurse kat sana nice-- dah dapat kad merah akhirnya setelah beberapa bulan. Nak scan. Walaupun aku tak pernah tanya si ibu--Kenapa nak bagi orang lain? Aku pasti tahu jawapan dia. Dia mau better life untuk anak dia tapi bukan dengan dia. Mungkin lahirnya si bayi untuk mengembirakan orang lain. Dia hantar teks smiley macam ni-- :=> *Huk* First time aku tengok teks smiley ade hidung. Tak ke pelik tu?

Aku rasa menolong tu bermakna. Berikan satu kehidupan untuk satu nyawa yang bakal di lahirkan. Kita share. Kecil untuk kita tapi bermakna untuk orang lain. At least aku cegah satu tragedi berakhir dalam dalam longkang--tong sampah maupun tepi jalan. Tangan menadah kita memberi. Stranger maupun sedarah--sedaging--insani dalam jiwa satu perkara dituntut persaudaraan--berkasih sayang.

Pelik. Tapi-- Indahkan?

Tawakkal seorang bayi sangat tinggi melangit, dibandingkan tawakkal kita kepada Allah, bayi tidak mampu berbuat apa-2 dan menyerahkan takdir sepenuhnya untuk diperlakukan seperti apa, untuk dibuang, digugurkan, dibunuh dan sebagainya. Tapi Allah Maha Pelindung, sekiranya berkehendak sebaliknya, maka dihantar malaikat penjaganya

Jika dibuang--digugurkan--
Jangan salahkan malaikat.
Malaikat takkan pernah gagal menjaga.
Kita yang gagal.

Kalau kau tak boleh berkasih sayang.
Jangan mengeji.
Baik diam.


Wednesday 12 November 2014

Chempiang

Aku budak kampung--
Longkang parit habis aku teroka.

Sangat expert panjat pokok--
Tapi bukan beruk.

Lembu. Ayam. Kambing.
Tu semue geng.

Balik uma sebelum pukul7--
Nanti mak sebat.



Cerita Konvo

Time goes by, i almost gave up. But to know i have a lot of  shit for me to prove  them wrong, aku bangkit. Salah satu kenapa harapan masih ada adalah mak abah yang takkan bagi aku pack barang blah dari pengajian ILPKLS. Pengarah dan Encik Azizan(HQ JTM) yang datang rumah melaka tak bagi aku benti belajar.

"Kejatuhan buat kita belajar mencintai diri sendiri lebih dari segala-galanya. Kejatuhan juga buat kita berdiri di bumi nyata. Kejatuhan buat kita kenal siapa kawan,siapa puaka."-gdsjht

Kalaulah mak abah tak heret aku masuk ILPS dulu, selepas kes aku benti belajar di Kolej islam. Tanda protes aku pada dorang dengan pack baju dalam beg plastik sampah yang hitam tu-- berselipar jepun pergi daftar pelajar baru ILPS. Duduk bertumbuk dengan budak laki. Bak kata abang pun, sewel aku pun, diploma jugak yerk?

Agak bercinta jugalah abah suruh aku pergi konvo. Dengan mesej-2 mak. Bayaran aku buat last minute.

Puas abah naturalkan aku dalam kereta yang tengah fikir benda yang negatif. Sampai sana aku tersenyum nampak kawan-2 yang puaka asalnya. They cracking my face dengan riuh masing-2. People change,kan? Walaupun ada seorang tiga yang ignore adanya aku di situ.

Terima kasihlah Hilmi gile duduk bergaduh dengan aku dalam whatsap sampai pagi semata ingatkan pasal maaf tu penting. Aku berlari balik dengan senyum,lapang dada.sesungguhnya memaafkan itu buat aku rasa mulia.lalu hulurkan gembira pada mak.

Terima kasih mak cik dewan makan sebab bagi aku makan--tak mati sebab kebulur. Tapi bila masuk elaun@ptptk, pandang DM pun tak sudi.


Sunday 2 November 2014

Wasted

Ditinggalkan memang rasa sakit. Tapi waktu tu aku nekad untuk meninggalkan. Empat tahun yang aku rasa dah cukup untuk rasa segala rasa.


Thought he was the man.

Sadly, he was just a boy.


Wasted.

Saturday 1 November 2014

Jangan Sentuh

Aku memerlukan sedikit suara keras yang tegas--
Kau jangan sentuh aku.

Jangan cuitlah barua.
Aku gadis--Aku perempuan.

Bukan pemuas nafsu.