Sunday 23 March 2014

Senyum Buaya



percayalah.

bukan semua orang patut kau bermanis muka/ramah/senyum.

walaupun senyum tu #sunnah,

tapi style buaya zaman sekarang,

senyum mean kau feedback/greenlight they approaching you.


well.
test market.

**pastikan senyum kena pada tempat/situasinya.

Dinding "suci" bernama Facebook




seorang kawan aku ada cakap:

"kadang2--

sifat mengadu2 kita pada dinding facebook ini

dah macam konsep yahudi yang menangis menghadap dinding suci".




tu mengadu, kalau berdoa?

nama ruang status pun dipanggil 'wall'.
hahaha.

betul, kan?


so-

benti2 la tabur segala doa,keluh kesah kat facebook tu.

doa paling mustajab tersembunyi hanya antara kita dan Allah S.W.T shj.

Raya Collection

Masa kecik dulu.
Tiap raya aku dgn kakak akan pergi ke rumah2 org kutip duit.
Tu collection modal beli barang sekolah.
Yang lebih masuk tabung haji.

Minum air makan kuih-
sembu perot takyah ceritalah kan? hahaha!

Yela.
Harapkan abah mesti ikut taste dia.
Beg swan. Kasut bata.
Gila?
Xmo la.
Kumpul duit raya.
Satu set converse I tell you.
Dari beg ke kasut.

Barulah langkah yakin ke sekolah.
Style.

Thursday 13 March 2014

Tragedi Di Ragut


Assalamualaikum.
Hi guys. lama gila tak update blog.
fuh-fuh
bersarang!

al-kisahnya pada 24/12/2013 sehari sebelum cuti krismas. aku diragut.
it's a rainy day.
macam biasa. aku dengan housemate menapak ke LRT Bandar Tun Razak.
just peliknya
tu FIRST DAY aku ke studio(tempat kerja) pakai kasut.
(selama ni aku pakai selipar dengan rileksnya) hahahahaha!!

aku pun jalan macam biasa.
lengang-2 payung.
housemate pula di hadapan aku.
sampailah ke lokasi yang TRAGEDI nak jadi.

aku nampak penunggang motor.
EX5 hitam.
aku perasan dia ambik side.
cuma tak pelik sebab situ selekoh.
and-
motor memang suka buat "lap".
aku memang jalan bertentangan dengan jalan raya
jadi peragut ni datang dari depan.

aku tak suspek langsung niat jahat EX5 tu-
siap bertentang mata.
ya.
aku perasan di ada hulur tangan dia dari handle motor
biasanya orang yang tengah hisap rokok memang suka bawa motor sebelah tangan.

tiba-tiba-
aku rasa di sentap dan rasa ada sesuatu merempuh/menepuk bahu aku masa tu.
(tak sakit pun)
nak kata kena pukau,mungkin .
sebab aku bertentang mata dengan peragut tu.

bila aku toleh--
rantai aku ada di tangan peragut-
aku pun-----
menjerit macam orang histeria.
kawan aku yang tadi pun tak perasaan masa kejadian meragut tu terjadi.
she don't have any idea why i screaming! *palm face*

ada mamat yang jauhnya 50meter tu pun pelik and tak syak langsung aku diragut,
peragut tu punyalah rileks lalu depan dia.
yang tambah lagi EPIC.
60meter macam tu,
ada polis peronda yang sedang breakfast
and buat bodoh.

masa tu deras jantung ni.
macam nak meletup.
mak cik dari rumah dia keluar ke balkoni.
"sini memang selalu kena ragut.banyak kes dah sini ,budak flat sri kota tu jahat2!!"
aku mula dikerumi orang-2.
yela mak cik. terima kasih.

aku call abang aku yang kat sungai besi.
inform dia benda yang jadi.
aku tetap meneruskan perjalanan ke studio.

bila aku masuk studio.
aku di sapa oleh pemilik blog ni http://groundnutsikacangtanah.blogspot.com/ (mario)
"hye amy. muka pucat"
then aku mula cerita hal tadi dekat kawan-2 studio.
well--
aku tak sedar pun baju koyak masa tu.
(siap belanja aku breakfast tu. TQ abang amir)

pukul 12 tengah hari
abang bawa pergi report di balai pudu.
muka sebek
rasa yang masih terkejut,
proceed ke balai Sg.Besi.
kes di handle oleh AIO( Assistant Investigation Officer-Sarjan)

aku tak menangis-
(kememeh)
mungkin rasa terkejut-blur-blur

bila mak dapat tahu.
syukurlah dia kata sebab tak cedera mana-2.


its have been 3 months already.
kesannya.
fobia and trauma to mental.
aku takut dengan motor yang lalu lalang
bunyi motor
bila aku jalan
aku akan pandang kiri kanan depan belakang non-stop!

ya Allah takutnya.
rantai tu hadiah dari mak masa birthday yang ke-20.
dah 3tahun aku pakai rantai tu.
rindunya. :(

nasib baik
rantai tu tak tebal.
dan peragut tu tak perasan aku pakai gelang tangan
well-
for sure gelang tangan tu memang tebal ala-2 mak datin
tajaan bank dunia(mak) jugak.

mak memang jenis tak boleh kalau tengok anak dia tak ade aksesori.
sekarang ni for sure aku dah buka semua bling-bling
simpan.
better pakai pandora/silver.
high quality silver
yang tak luntur.
mungkin korang ade choice lain.
cuma aku ni leceh sebab kulit allergic.
(peluh lebat)

buka semua bling-bling is the best choice untuk mengurangkan korang jadi sasaran si peragut.
lagi-2 yang naik motor and penjalan kaki.

satu masalah adalah handbag!
mestilah sebab fobia.
kau tak kan nak benda yang sama jadi lagikan?
aku suggest bawa handbag kecil-2 shj.
macam ni;




aku pakai handbag ni then pakai lagi dengan cardigan/sweater.
ke depankan. sembunyikan tali.
barang pun aku bawa yang penting-2 je.
kad ATM,IC,duit belanja.and liptint(er...penting ke?)
handphone aku letak dalam poket.
and AWAS.
semasa berjalan JANGAN main/leka dengan handphone!
kejap lagi si peragut sambar.
pastikan sekeliling memang selamat.
jangan leka.

hehe.
tu jela nak membebel.

sampai sekarang aku still fobia dan hari-2 stress kena jalan kaki ke LRT.
takut-paranoid-fobia.

kun fa ya kun.
alhamdulilah selamat.

♥ A.t