Thursday, 13 November 2014

Tawakal Adik

Sebulan yang lalu--
Ada seorang kenalan fb datang meminta pertolongan.

Entahlah.
Serabut mungkin.

Dia mengenali aku hasil dari tulisan-2 status di sini--blog;
Since dia follow up aku dari satu unit gerakan amal@dakwah.

Dia berkongsi tentang seorang rakan yang sedang berisi tanpa akad nikah yang sah di sisi undang-undang maupun agama--Dengan perlahan-lahan dia ceritakan pada aku. Satu per satu. Pada mulanya aku fikir gurauan semata. Tapi takde pulak nada gurauan sepanjang teks whatsap dia.

Rakannya tekad untuk melahirkan bayi yang dikandung--Cuma. Dia mencari sesiapa yang sudi memberi "hidup" yang lebih bermakna untuk bayi yang bakal dilahirkan. Mereka menemui jalan buntu.

Bagi aku;

Aku respect betul untuk melahirkan tanpa membuang. Satu perkara yang cukup waras--humanity. Single mother,aku tahu perkara tu berat nak menghadap dunia--Keji--Caci maki manusia. Tapi andai kau pentingkan akhirat menghadap Tuhan kelak,kau memang waras bertuhankan-Nya,tak bertuhan manusia.

Nak marahkan dosa--benda dah jadi.Takmau di tambahkan dosa-dosa lagi.Kita semua pendosa.Tapi terimalah teguran dan perubahan.Kita perbaiki sama-sama.

Aku diminta untuk mencarikan ibu bapa angkat yang sudi. Aku rasa semacam satu tangungjawab dan amanat. Yela-- Aku pernah gagal jaga kawan aku sendiri,dulu--4 tahun yang lalu. Aku bingung. Termenung kejap. 

Petang aku duduk di berandar rumah,bersila atas kerusi-- Aku jeling-jeling mak yang tengah duduk main game kat tab. Agak-agak kalau aku tanya mak,kena maki tak.

"Mak-mak". *gulp* telan air liur.
"Apo?"
"Mak,ade orang nak anak tak? Ade seorang budak ni,die nak bagi anak dia."
"Berapa bulan?"
"Dalam perot lagi... 4 bulan"
"Terlajak laris?"*iklan de'herbs*
"Haa.. ha ah" *tergelak*
"Ada doctor tengah cari. Cuba tanya"

*Bagus juga respon mak aku ni*

Jadi proses merisik-risik pun aku jalankan. Kerjasama RZ. Atas rakan fb aku tadi,sampailah aku sendiri bercakap dalam call dengan tuan punya badan sendiri. Aku hantar mesej simple--kenalkan diri--status ibu angkat--sikit keterangan tentang proses dokumen--angkat sumpah--dengan kebajikan atas tunjuk ajar mak. Pada asalnya aku nak rujuk pada Fynn Jamal. Tapi aku rasa--konfem busy. Andai takde siapa yang nak dalam list contact aku,aku akan refer dia kat pusat perlindungan di melaka. Last perengan mesej aku;

"Akak kena kuat--tabah--apa pun amy ada,tuhan ada".

Walaupun aku menaip mesej sambil berak dalam jamban. *palmface*

Beberapa minggu selepas tu. Sedang aku ketip kuku jari kaki mak,aku terima panggilan dari kod negeri utara. Sape pulak ni. Aku angkat. Dua kali miss call. Angkat ah,cam urgent je. 

"Hello-hello."

Kedengaran suara sayup-- "Ni ****... Mak nak cakap dengan amy". Proses aku di temu duga oleh mak pihak ibu yang terkandung pun di jalankan. Aku ni tak paham dialek utara... Hmm. Balun ah-- Janji jujur. 

Si ibu selalu juga update ke klinik-- Nurse kat sana nice-- dah dapat kad merah akhirnya setelah beberapa bulan. Nak scan. Walaupun aku tak pernah tanya si ibu--Kenapa nak bagi orang lain? Aku pasti tahu jawapan dia. Dia mau better life untuk anak dia tapi bukan dengan dia. Mungkin lahirnya si bayi untuk mengembirakan orang lain. Dia hantar teks smiley macam ni-- :=> *Huk* First time aku tengok teks smiley ade hidung. Tak ke pelik tu?

Aku rasa menolong tu bermakna. Berikan satu kehidupan untuk satu nyawa yang bakal di lahirkan. Kita share. Kecil untuk kita tapi bermakna untuk orang lain. At least aku cegah satu tragedi berakhir dalam dalam longkang--tong sampah maupun tepi jalan. Tangan menadah kita memberi. Stranger maupun sedarah--sedaging--insani dalam jiwa satu perkara dituntut persaudaraan--berkasih sayang.

Pelik. Tapi-- Indahkan?

Tawakkal seorang bayi sangat tinggi melangit, dibandingkan tawakkal kita kepada Allah, bayi tidak mampu berbuat apa-2 dan menyerahkan takdir sepenuhnya untuk diperlakukan seperti apa, untuk dibuang, digugurkan, dibunuh dan sebagainya. Tapi Allah Maha Pelindung, sekiranya berkehendak sebaliknya, maka dihantar malaikat penjaganya

Jika dibuang--digugurkan--
Jangan salahkan malaikat.
Malaikat takkan pernah gagal menjaga.
Kita yang gagal.

Kalau kau tak boleh berkasih sayang.
Jangan mengeji.
Baik diam.


1 comment:

  1. Deep. And tq. Saya pasti Tuhan telah ketepikan sedikit bahagian utk awak.

    ReplyDelete