Monday, 27 October 2014

RANAP

Tiga tahun lepas di saat aku kehancuran, aku tak sangka yang akan ada orang bakal kutip segala serpih hasil ranap jahanam segala cela. Tiga tahun lepas, setiap 'moment' masih segar dalam kepala degil ni. Aku rasa aku bodoh taknak berubah.

kononlah masih sayang. cinta tu ada. macam ala-ala cerita fairy tale. bertalu aku kena kompang bodoh dengan mak,dengan member.

oleh sebab aku bodoh sangat,aku sambung drama episode musim ke-3 memandangkan dia memang jenis suka pergi,suka datang. yang meroyannye aku kat sini menghadap perangai celaka budak belajar ke para pengajar.

Tuhan bagi kita rasa satu fasa di mana kita lama sangat dijahanamkan lelaki.  baik abang, baik kawan, peraba, haruan makan anak, serba serbi berkait jantan semua nampak sial. yang menampakkan jantan seorang tu memang tak guna.

Ok--otak aku mula menjerit-jerit cakap "kau bodoh.kau bodoh,pergilah kau!pergi!". Aku gigit kuku. Bilang berapa kali dia tinggalkan aku,curang,penipu. Tapi mau jugak aku pejam-pejamkan mata. Ada je perkara-perkara nak bertekak. Rimas. Apa saja kau buat,semua salah. Biasalah. 

Yes-- aku teringin letak diri dalam kasut lelaki dan pegang peranan lelaki selama membesar,belajar,lihat dan observe. Tapi bukan mengalas tangungjawab lelaki. Kau nak hidup dengan orang yang kau rasa suka sama suka yang padahal aku yang terlalu suka,terlalu sayang. Yes-- bodoh.

"hey,awak masuklah tentera,untuk kita."

Pepagi buta aku minta abah hantar aku pergi try pengambilan tentera. Jauh. Bukan dekat. Aku mula terfikir. Kenapa masuk tentera? Kenapa aku. Nah, saat tu sel-sel neuron dalam otak aku mula berhubung. Aku tanya.

oo... oo.. baru aku tahu. Kemudahan. Rumah. Perubatan. Eh--Eh-- Kau lelaki ke aku lelaki? Bukan untuk kita. Sebenarnya menyenangkan kau memandangkan kau nampak aku terhengeh beriya nak kawin dengan kau.

Pendekkan cerita, Tuhan ganti dengan fasa cuba beri aku terima bahagia. Di mana dia tempatkan aku di tempat kerja yang aku seorang sahaja perempuan. Yang menangis duduk depan desktop. Feeling-feeling dengar lagu indon. In-the-blues. Mood menjanda. Balik lewat cuma nak ngelak menghadap budak-budak rumah,sikit je hari semua benda ni boleh bikin aku gila.Aku di tunjukkan oleh jantan-jantan studio ni, "how to treat girl in right way". Oh yela-- dorang ni otai. Dah berbini. Dari sini aku belajar,dorang share pahit manis mahligai rumah bertangga ni. Bila aku bandingkan,berdouble lagi tak guna jantan sekor ni. Yang pagi malam menyalak minta kena sumbat jilat kaki dia.

Dah 4 tahun macam ni. Semua maki dah terima, urat--rasa semua kebas. Kebal. Orang takkan tolong kau. Kau yang kena tolong diri kau. Kalau kau masih jadi bodoh sebab jantan yang sudah tentu takkan jaga kau sebaik mak bapak kau,better stay with ur parents. Belum kawin pun dah hinggap pelempang dekat muka kau,ni kan dah kawin. 

Angkat kaki.
blah.

pleaselah blah.


No comments:

Post a Comment