Thursday, 30 October 2014

Buku Semut

Aku menulis bila aku sedih. Aku menulis dah lama-- Sejak old school menulis dalam buku. Aku tulis apa je aku rasa-- Sebab aku tahu takkan siapa baca. Ada bait ayat yang aku baca-- Bersahabat baiklah dengan buku. Aku Cuma faham-- Mungkin kalau baik dengan buku,jadi pandai-- Tentang ilmu.

Aku tahu zaman aku membesar adalah waktu yang genting dalam family aku. Tengok mak abah cari duit--menangis--tekanan sebab kes abang. Kena buli dekat sekolah pun, aku hadap je hari-hari dengan harapan cepatlah sabtu ahad--pukul2--cepatlah form 5. Hari- hari aku di penuhi dengan ejekkan nama bapak-- Mak kau penjual nasi lemak-- Kena tarik--Orang usha kau bawah atas-- kasut atau beg kalau tak jumpa kat tempat sepatutnya,pergilah cari dalam tong sampah. Jadi aku fikir--Ni lah balasan tak sudi ikot rakan sebaya jadi minah rempit--Ke hulu hilir dengan jantan.

“Jangan malukan mak abah.”-Oh dad, Abah tahu,macam mana berantakkan hati ni mau abah bangga sama aku?

Aku takda tempat nak mengadu kena buli--Perot aku sakit tiap kali pergi sekolah. Yang Cuma ada buku dengan tulisan buruk aku serta lukisan-lukisan hasil tangan hitam dan putih. Membesar begini menjadikan aku seorang anak yang memberontak--Aku tak boleh borak dengan mak lebih dari 5 minit. Api bertemu api. Boleh kata tiap hari dekat rumah-- Aku gaduh dengan mak. Aku lari pergi warung Mak jah menangis belakang kedai. Aku rasa susahnya hidup-- Serba tak kena.

Cuma masa zaman menengah. Buku yang aku selalu tulis di rampas dengan pembuli-pembuli yang konon dia paling hot dekat sekolah. Yang duduk keji kau atas bawah, tarik kau dalam tandas yang kau sendiri tak tahu apa salah kau. Tiap bait dalam buku tu dibaca kuat-kuat depan orang ramai-- dan di koyakkan satu--persatu. Dan tukang selongkar beg aku,bagi buku pada pembuli, tu adalah orang yang aku selalu share burger belah dua masa dia takda duit-- Yang aku tahu mak apak dia orang susah--Mak selalu bagi nasik lemak free dekat mak apak dia untuk kenyangkan perot anak-anak dekat rumah.

Ni mengingatkan buku yang aku tanam masa umur 9 tahun. Aku tulis harini--Mak marah saya dan pukul saya,benci mak. Maaf,dulu aku naïf sebab marah pukul mak tu sayang yang nak jadikan aku insan bukan sekadar manusia.

Apa jadi dengan buku tu? Mungkin dah jadi makanan semut rakyat nabi sulaiman yang bersandarkan tawakal yang tinggi pada tuhannya dari menharapkan manusia. Books didn’t hurt you but people did. God didn’t hurt you, but people did.


Bila di adukan pada manusia,yang ambik kesempatan lagi ramai berbanding yang betul pendulik. 

"Okey?''
"Okey."

"Okey?"
"I'm not"- bila aku jujur,tolonglah jangan ambik kesempatan. Tak harapkan simpati atau belaian cinta tak halal. Aku cuma nak kau dengar.

Kalau duduk sebilik dengan aku tu fahamlah bila aku beli buku, Tu maknanya-- I'm not gonna talk about that.

No comments:

Post a Comment