Selalu ingatkan diri. Bila tulis, wajib jujur. Ibarat tak ada orang yang akan baca. Bila tulis untuk orang baca, dia akan cenderung kepada tak jujur. Jadi aku jujur jadi diri sendiri di sini. Selamat menyinggah.
Monday, 21 July 2014
Kelahiran No-6
Hahaha!
21 Julai bersamaan 23 ramadan.
24 tahun-
Alhamdulilah. segala puji untuk-Nya.
lahirkan aku-
satu perkara lawak mak aku pernah lalui.
ever.
20 Julai 1990.
di pagi yang hening-
Abah masuk hutan;
maklumlah askar.
Mak termenung tengok kalendar pagi-pagi tu dalam,
mundar mandir risaukan yang no-6 no respond.
"eh. bukan patutnya due date ke arini?"
takde tanda2 pun yang no-6 akan keluar.
Mak gagahkan pergi sorang cari jiran tertangga minta tolong
biasalah.
tula pengorbanan istri anggota tentera.
dia pun pergi ke klinik.
oleh kerana takde tanda nak lahir.
Mak kena naik ambulans ke hospital besar seremban.
emergency.
Baby taknak keluar.
tula first pengalaman mak naik ambulans.
best kot.
mak expect no-6 dah "tiada".
apa jadi pun dia akan redha.
tiada pergerakan.
tiada tanda.
Mak tunggu punya tunggu
berseorangan,
doktor sahkan ada nadi2 lemah yang bunyi.
Doktor paksa punya paksa.
pukul 5 pagi.
selepas azan subuh.
lahirlah-
no-6;
aku
selamat.
2kg.
hodoh.
kulit terkopek sana sini gara2 terlalu lama dalam perut.
tapi-
rambut lebat-
tegak macam kena karen letrik.
mata terbulat-bulat
dengan rambut tonjet kelapa.
thanks mom
thanks abah.
thanks Allah.
tiada apa yang lebih istimewa selain kalian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment