Selalu ingatkan diri. Bila tulis, wajib jujur. Ibarat tak ada orang yang akan baca. Bila tulis untuk orang baca, dia akan cenderung kepada tak jujur. Jadi aku jujur jadi diri sendiri di sini. Selamat menyinggah.
Monday, 10 June 2013
Untuk Sekali Sahaja
semakin hari tindakan manusia--
Bukan lagi didorong oleh syariat dan kasih sayang.
Ada kala tindakan kita bertentangan dengan
Hukum Allah
Perlu dititikberatkan dalam menjaga hubungan antara adik-beradik
Ini ialah sifat kasih sayang dan rasa hormat antara satu sama lain.
Sebagai contoh--
Adik-adik perlu menghormati kedudukan abang dan kakaknya
selagi tindak tanduk mereka TIDAK BERTENTANGAN dengan syariat Allah.
Andai kata--
Ada perkara salah dan silap dilakukan oleh adik-beradik kita,
maka tegurlah dengan cara yang berhikmah kerana dengan itu pihak yang ditegur akan merasa lebih selesa untuk menerima teguran, bahkan merasakan diri mereka lebih dihargai.
Yang jenisnya ditolak ke dinding tepi,
dipukul talu,
dibantai biru.
SALAH.
Pleasa DEFINE makna sayang.
Abang dan kakak perlulah--
Menunjukkan contoh yang baik
UNTUK
Di ikuti adik-adik yang lain.
SILA--
Amalkan adab berkeluarga
Berkasih sayang
Menjaga lidah
Merendah diri
Sentiasa berbaik-baik
Saling tolong menolong
Meminta izin
Menghormati yang tua, menyayangi yang kecil
surah Al-Hujrat ayat 12-13 yang bermaksud:
Daripada ayat yang dibacakan tadi, Allah meminta kita menjauhkan diri daripada sikap buruk sangka, terutamanya dalam kalangan adik-beradik. Jangan kita terlalu cepat menghukum orang dengan prasangka buruk. Allah terangkan dengan jelas dalam ayat ini bahawa sikap buruk sangka akan menyebabkan murka Allah. Oleh itu, kita kena ingat bahawa bila kita suka buruk sangka, kita akan sukar untuk masuk ke syugra. Dengan perasaan buruk sangka, kita akan menyibukkan diri mencari aib orang lain. Nabi SAW bersabda dalam satu hadis yang cukup masyhur, “Barangsiapa yang menutup aib orang lain, Allah akan tutup aib-Nya di padang masyar kelak.” Hormati adik-beradik dan semua ahli keluarga agar kita dapat menjaga keharmonian rumah tangga.
______________________________
Buat abang kakak inc IPAR
REMEMBER THIS
Prasangka buruk,
Keraguan,
Kata-kata nista
Dan celaan adalah racun yang boleh memusnahkan sesebuah silaturahim
WALAUPUN anda bercakap dengan yang muda
Ingat
Walaupun di pangkat adik
Masih mempunyai perasaan.
Apa lagi terhadap ibu bapa/mentua
Dont EXPECT people will respect you, WHEN you can't respect others.
Sebelum kata adik-adik kurang ajar
CERMIN DIRI SENDIRI.
Buat adik-adik--
Yang salah--buruk
Jangan di ikut.
Kalau tak kesian dekat diri sendiri
Kesian dekat mak abah kau
So--
Semua ni, kita renung-renungkan kembali
Muhasabah diri
Perbaiki diri
Selagi mak abah masih ada
Kerana itulah NIKMAT paling terbesar Allah bagi dekat kita.
So--
Tak bolehkan berubah demi kebaikan?
Sedangkan itu yang dikehendaki Allah S.W.T
❥ A.t
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
pepandai la bawak diri.
ReplyDeleteSedang
Delete